NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA TARIKH : 17 MAC 2020 PERKARA : PERLAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN SEJAJAR DENGAN PERUTUSAN YAB PERDANA MENTERI MENGENAI COVID-19 Perkara seperti di atas adalah dirujuk. Untuk makluman semua, sehingga kini wabak Covid-19 telah merebak di 135 buah negara dan peningkatan kes yang mendadak telah berlaku di Malaysia semalam di mana jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak ini adalah sebanyak 553 orang. Selaras dengan perutusan khas YAB Perdana Menteri yang telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 di seluruh negara, maka dengan ini pihak Pengurusan Kowamas telah mengambil langkah-langkah yang sepatutnya dalam usaha menyekat penularan kes Covid-19 ini. Sebarang urusan penting, sila hubungi Pengurus Cawangan Kowamas Sabah En. Shahrul Rozhan Laidin, ditalian 019-821 7979 atau Admin Cawangan Pn. Noraziah Mazlan, ditalian 013-8587026. Sekian, terima kasih.
Posts
Showing posts from March, 2020